ASSALAMUALAIKUM :)
Ramadhan datang lagi dan jatuh pada hari Sabtu 21/07/2012. SALAM RAMADHAN kepada semua pembaca entri ini. Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini, marilah kita bersama-sama mengumpul pahala dan mengerjakan amalan kebaikan supaya dipermudahkan segala urusan kita pada masa akan datang dan juga setiap permintaan kita akan dimakbulkan oleh ALLAH. ALLAH akan sentiasa dekat dengan kita jika kita cuba untuk mendekati-Nya
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.( So, beringat lah wahai hamba ALLAH )
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Esok dah puasa ni, kawan-kawan dah bersedia belum nak menyambut Bulan Ramadhan ni :)) di bulan yang penuh Barakah ni , JOMLAH KITA KUMPUL PAHALA ! Bagi sesiapa yang belum sedar esok nak puasa, sila tepuk-tepuk pipi kamu biar sedar sikit, kalau tak sedar jugak . AH , hentuk jela kepala tu kat dinding. hehe . Confirm sedar punye .
![]() | ||
| Get ready for the fasting month ! just DO IT , 30 days only :) |
Mesti kawan-kawan liat nak bangun sahurkan ?? Alahh, biasa lah tu, dah lama sangat tak puasa kan. setahun yang lepas kita tinggalkan ibadah puasa ni. Itu bagi sesiapa yang tak rajin lakukan puasa sunat atau puasa ganti lah kan. So, tak ada alasan lah bagi sesiapa yang rajin buat puasa sunat ni atau puasa ganti . Hari first sahur, mesti masing-masing muka cam PANDA kan ?? HAHA , dah puas korang melantak sahur jangan terus tidur ye kawan-kawan. NIAT PUASA itu penting. Rasulullah pernah cakapkan yang setiap apa yang kita lakukan mesti dimulakan dengan niat. niat kerana ALLAH ! Bagi sesiapa yang tak ingat or tak berapa ingat niat puasa , tolong salin n hafalkan ye ! :)
![]() |
| Amalkan selama 30 Hari . Take Note okay . |
Masa sahur tadi dah melantak sampai kenyang kan. jangan tidur dulu. solat lah Subuh dahulu. If nak tidur, tidur lah tapi jangan matahari dah terpacak atas bumbung pun masih tidur lagi. tak elok macam tu .
CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
2.Tadarus pendek.
3.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
4.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
5.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
6.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
7.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
8.Solat Zuhur berjemaah.
9.Tadarus pendek.
10.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
11.Solat Asar berjemaah di Masjid.
12.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
13. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
14.Segera Solat Maghrib di Masjid.
15.Makan malam bersama keluarga.
16.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah
![]() |
| Jadikan membaca Al-Quran sebagai hobi bila Bulan Ramadhan ni . Lagi bagus kalau KHATAM 30 JUZUK :) |
![]() |
| Selalu solat bersendiriankan kat rumah. Bulan Ramadhan ni, marilah bersama-sama melakukan solat berjemaah . InsyALLAH dapat bonus pahala dan dijanjikan syurga oleh ALLAH . |
![]() |
| Jomlah join GENG SURAU . Cabar diri anda solat terawih selama sebulan. YOU CAN DO IT ! |
Bulan Ramadhan ni memang bulan yang sangat berganda-ganda pahalanya. bukan itu sahaja. banyak jugak manfaat yang kita dapat jika kita betul-betul menghayati Bulan Ramadhan ni .
KELEBIHAN-KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.
MENGURANGKAN BERAT BADAN DALAM MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN
1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan
RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN
1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.
TINGKATKAN PAHALA, KURANGKAN DOSA. REBUT BONUS PAHALA :)
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."







No comments:
Post a Comment