Assalamualaikum.
Ehem.... Kalau kita dah jumpa lelaki yang baik untuk kita jadikan imam seumur hidup, apa salahnya kalau kita bersama dengannya buat selama-lamanya. hehehe . tempoh perkenalan aku dengan si dia dah 5 TAHUN 11 BULAN 27 HARI :) dah lama dah aku kenal dengan ini budak . hehe , jarak umur yang tak berapa jauh pun. cuma 3 tahun jek. tapi aku sangat sayang kan si dia dari awal aku kenal hingga sekarang .
Tetiba rasa nak flashback kisah-kisah dulu aku dengan si dia. Dulu, masa muda - muda. Masa zaman - zaman kegemilangan dulu, masa zaman sibuk nak mencari bakal imam seumur hidup, kecik lagi tau. umur baru 13 tahun. cuba teka aku sekolah darjah berapa atau aku ni tingkatan berapa. oohh ! sekejap, masa tu tahun 2006. Eceh. budak-budak lagi kot. kalau mak bapak aku tahu mesti dia rembat aku pakai senduk, periuk. semua perkakas kat dapur tu semua dia buat rembat aku. ( seram bunyi ).
01/07/2006 -- saat hati aku ni terpaut dekat si dia bila aku terpandang si dia tengah bawak air untuk dihidangkan kepada para tetamu. ada OPEN HOUSE rumah Syafiqa. sangat berterima kasih lah pada Syafiqa. hehe . da lah umur baru belasan tahun, dan hingus pun mak bapak yang sapukan. Ehem.. dah pandai nak merasa cinta. jantung aku berdebar tak berhenti bila pandang muka si dia ni. memang tak berapa hensem. tapi tak tahu kenape lahh aku dok syok tenung muka si dia tu.
Nak dijadikan cerita, nasib baik lah Syafiqa ni membe dengan si dia. mulalah miang aku timbul meroyan sibuk mintak nombor si dia. YESS ! nasib baik dapat, kalau tidak kempunan aku dijawabnya ( gatal seh minah ni )
mulalah mesej-mesej, miskol-miskol, calling-calling ' Salam Perkenalan' katanya. hehehe.
22/7/2006 --- Ni lah tarikh keramat aku sah jadi GIRLFRIEND dia . aku lah makhluk yang paling bahagia pada masa tu. dah lah tidak fikir panjang, dengan beralaskan perangai kebudak-budakan aku ni. terima cinta tanpa fikirkan baik dan buruknya. dia FIRST LOVE aku. si sia yang mengajar aku pahit manis dalam bercinta.
Hubungan cinta aku dengan si dia tak terlalu lama hanya bertahan selama 2 TAHUN lebih jek. atas alasan tertentu. aku hanya fikir positif, mungkin takde jodoh. hurmmmm :(
TAPI............ hubungan aku dengan si dia tidak terputus macam itu saje. kami tetap berkawan. tetap contact. cuma tidak selalu. masing-masing ada haluan sendiri. perasaan aku pada dia masih macam dulu. aku berharap sangat si dia lah jodoh aku satu hari nanti. INSYAALAH !
Sebagai perempuan, adalah menjadi hak kita untuk memilih lelaki yang betul - betul kita rasa sesuai untuk kita sama - sama tua kerepot dan bongkok bersama. Kriteria pemilihan itu terpulanglah pada aku. aku suka lelaki yang macam mana. Untuk aku, senang aje. Aku cari lelaki yang sanggup terima aku seadanya. Jangan salah pilih. melibatkan masa hadapan tau. dan sekarang pemilihan calon aku bukan hanya sementara tapi selama-lamanya. so. kena lah pilih betul-betul yang menepati cita rasa aku. Kalau lelaki, tak suka isteri pertama ada lagi 3 kuota kosong, kalau perempuan lepas kahwin baru tahu suami dia hantu raya, camno tu hah?Masa aku nak pilih lelaki untuk dijadikan pecinta terbaik aku, aku pegang kuat - kuat dalam hati, tak kira siapa, aku akan berkahwin dengan lelaki yang sanggup terima aku seadanya.
Yang menjadi benchmark dalam memilih si DIA , adalah sifat super sabar yang perlu ada dalam diri lelaki terbabit. Beliau bukan sahaja harus sabar menghadapi perangai aku yang sangat mencengkam emosi dan memeningkan kepala tetapi beliau juga harus pandai menjinakkan sifat - sifat buruk aku yang kalau aku listkan satu - satu, memang kalah KAMUS TATABAHASA ! hahahaha
Daripada awal aku kenal si dia sampailah sekarang, aku memang uji sungguh - sungguh kesabaran masing - masing. Aku saja buat perangai diva, mengamuk tak tentu pasal, kentut kuat - kuat, buat perangai PMS setiap hari, merajuk mengalahkan budak-budak, korek hidung, sendawa bila makan bersama and buat lagi macam - macam cara semata - mata nak tahu hati perut masing - masing. Tapi orang kata, kalau dah jodoh memang tak kemana, tersangkut juga hati dengan yang satu ni. Sifat sabar dia yang super duper, cool, rajin nasihat, banyak mengalah, baik hati, sangat jujur dan setia,tak berharta tapi sanggup mencari rezeki yang halal untuk masa depan si dia membuatkan aku sangat terpikat. Eceh. Maka tanpa segan silu lagi aku menyuarakan hasrat kepada Encik Mohammad Azizi Bin Suhiddin "Jom couple balik" ( muka tak tahu malu )
Aku sangat berterima kasih kepada-MU , pertemukan aku semula dengan si dia buat kali ke-2. aku berjanji hargai si dia sebaik mungkin. :) tak sabar nak tunggu ENCIK AZIZI masuk minang saya ni. hehehe .
Teringat kali pertama terpandang si dia 5 tahun yang lepas. Waktu itu umur aku 13 tahun, saat mata ini terpandang matanya, terdetik dalam hati "Ya Allah. Inilah bakal suamiku !
![]() | |||
| SAYA SAYANG AWAK, ENCIK AZIZI ! |



No comments:
Post a Comment