Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 6 December 2012

Boleh kurus tanpa diet ?

Assalamualaikum..

Hari ni macam gatal pulak tangan ni nak menaip tips-tips berguna yang boleh share dengan korang semua ni. Bunyi entri ni macam ohsem pulak kan. Wah ! hebatnya jika kita boleh kurus tanpa diet ni. Sangat menyeronokkan ! Kebiasaanya untuk seseorang mendapatkan bentuk badam yang idamkan, diet lah caranya tak kira lah sama ada melalui pemakanan atau senaman. Semuanya memerlukan diet. Diet yang tidak konsisten atau tidak disiplin pun akan menyebabkan bentuk badan idaman korang ni hancur berderai , retak seribu dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Korang mungkin boleh ambil tips di bawah ni agar anda masih mampu kurus dan langsing tanpa perlu berdiet lagi.

Korang semua kena lah banyakkan menguyah bila makan tu. Janganlah dok telan jek,ada juga yang tersembul biji mata sebab tercekik or whatever lah . Pernah terfikir tak kenapa kita disunatkan mengunyah sebanyak 40 kali setiap suapan ? Setiap apa yang disunatkan, mempunyai hikmah dan kebaikannya tersendiri. Sungguh indah islam ni. Jika seseorang tu mengunyah 35 hingga 50 kali sesuap, ia dapat mengurangkan jumlah serapan kalori pada makanan yang kita ambil tu. Menguyah lebih lama mencegah seseorang untuk makan berlebihan dan baik untuk pencernaan dan mengehadkan jumlah kandungan makanan yang diambil.

Makanan korang tu jangan lah korang masak terlalu lama. Makanan yang dimasak terlalu lama akan menyebabkan segala zat yang ada hilang begitu saja. Korang akan lebih cenderung untuk ambil makanan lain sebagai makanan sampingan selepas makan. Jika tak percaya, cuba korang makan bersama-sama dengan makanan mentah seperti salad, pasti anda akan rasa perbezaannya. Elakkan penggunaan ketuhar gelombang mikro untuk memasak. Ia kurang berkhasiat.
Antara salah satu sikap yang sering korang amalkan adalah melambatkan sarapan. Ada juga yang ambil keputusan dengan tidak bersarapan untuk menjadi kurus. Teori ini salah kerana sarapan sangat penting bukan untuk kesihatan tapi untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Ini yang dapat menghasilkan tenaga untuk kita melakukan kerja. Jika korang melewatkan sarapan, korang akan merasa amat lapar sebelum waktu makan tengah hari dan cenderung untuk ambil kuantiti makanan tengah hari dalam jumlah yang banyak dan berlebihan. Jadi, diet anda akan rosak dan tak menjadi.
 
Dianjurkan supaya makan buah-buahan setidak-tidaknya 30 minit sebelum makan-makanan berat. Dengan cara ini, buah yang dimakan akan dicernakan dengan cepat. Memakan buah ketika perut kosong akan membantu pembuangan sisa toksin dalam badan dan dalam masa yang sama menyumbang kepada tenaga bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Sebaik-baiknya korang perlu ambil makanan lima hingga enam kali sehari. Pengambilan makanan yang kerap adalah bagi menjaga metabolisma tubuh supaya dapat bekerja lebih dari biasa dan terus menerus sepanjang hari. Tapi perlu diingat jangan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak setiap kali hidangan. Ia bukan membantu diet korang tapi mengundang kepada kenaikan berat badan.

Selewat-lewatnya ambil hidangan makan malam pada jam lapan malam. Tapi waktu sebaik-baiknya pada jam enam hingga tujuh petang. Jika selepas jam lapan malam korang masih merasa lapar, jangan biarkan diri terus menerus mengambl sebarang makanan. Tapi, isi perut korang dengan minum teh atau kopi. Pilih cara untuk mengelak korang untuk makan selepas pukul lapan malam dengan memberus gigi. Bila gigi sudah bersih dan tidak berbau, pasti sayang untuk mencemarinya dengan bau makanan.
Pilihlah cara yang terbaik untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan, kekal kurus dan langsing. Jangan menyeksa tubuh badan korang untuk amalkan diet, boleh menyebabkan diri korang merana !

Saturday, 17 November 2012

Adil ke ?

Assalamualaikum teman-teman...

Kenapa title entri aku ni macam bunyi ala-ala peguam jek, act memang ni cita-cita aku masa aku kat sekolah menengah lah. Masa tadika cita-cita kononnya nak jadi nurse. Ni dah Form 6 cita-cita nak jadi Cikgu pulak. Harap-harap menjadilah eah . Tapi apa kan daya, sejarah aku ni bukan lah hebat sangat (warm-warm nail je).. English aku ni pun kelam-kabut jek arahnya. MUET apa tah lagi. heee :) Aku ni seorang anak bangsa Melayu yang mempertahankan BAHASA MELAYU !Sebab tu lah Broken English jadinyee. Cehh, gaya macam Cikgu Faridah pulak (cikgu BM form6)..

Perlu ke aku mengomel panjang lebar pasal 'adil' ni. Tak perlu kot, takut ada yang tak berapa tahan nak baca sampai nak terkeluar biji mata korang nanti. :)

Rasanya hidup kawan saya ni terlalu senang dan mudah sekali. Aku dah sediakan semuanya sekali. Apa yang kau tinggal buat. Just ambil dan hantar. That's all ! Aku dah cuba kot bagi keselesaan dan something else. Malas nak cakap panjang lah.

Tak salah kalau nak spend time masa dengan kawan-kawan. Kenapa mesti nak halang ?? Kawan-kawan awak ni akan bagi satu virus negatif ke ? Or penyakit berjangkit ? Kenapa mesti nak lebihkan orang lain. Baru kenal kot budak tuu. GERAM ! Ajak belajar pun tak boleh. AH , macam-macam alasan lah kau bagi. Penat dengar.

Aku mintak maaf lahh kalau-kalau meyusahkan kau ke sampai jadi beban berat kat kau ni. Janganlah lebihkan satu pihak jek, satu pihak jugak perlukan kau. SO , adil ke if kau ni bersifat nepotism ? Tak adil kan ?

Hargai sahabat selagi kau mampu ! No more secret. Tak payah bagi banyak alasan. Just straight to the point (broken english)

# Tampal kau dalam hati aku ni ketat-ketat <3

Thursday, 15 November 2012

Budak Bujang sekejap !

Assalamualaikum w.b.t

Kehidupan ni sangat memerlukan someone yang berada di sisi tak kira lah masa  susah or senang. Tapi bile kita kehilangan sesuatu tuu sekelip mata, kita akan berasa diri kita ni 'kosong' macam Najwa Latif punya lagu tuu. heheh .

Selalu balik rumah je, makanan da siap. Tinggal ambil pinggan dan makan. Mudahkan bila hidup ni disediakan segala-galanya. Rasa sunyi bila tak ada dengar suara-suara budak kecil ketawa dan menangis tapi cuma dengar bunyi cengkerik dan katak-katak yang bernyanyi sambil memanggil hujan. Pagi kena bangun sendiri, buat sarapan sendiri. tapi biasalah buat sarapan 'ala-ala bujang je'. Itu je yang aku mampu buat dan sempat nak buat. Nak tahu ke ape --> Roti + jem kaya je lah,



Pagi kena pergi sekolah ada kelas tambahan. Maklumlah budak sekolah lah. Ahh, sangat comelkan bila umur 19 tahun ni still pergi sekolah, pakai beg sekolah, botol air. Siapa yang jeles , cepat angkat tangan. hehhe . Tak semua orang dapat merasa sekolah masa umur macam ni. So, aku lah makhluk yang paling BERTUAH tuu. :)

OK, balik sekolah jee, pening lah tak tahu nak masak ape ?? Jalan mudah, Pergi jelah MACHA " KMS corner bersama kengkawan aku (ain,fara,alya)  . budak Parit Raja jek tahu. heheh . Senang bila makan kat luar ni. cuma modal air liur untuk order and duit nak bayar. Jangan lupa nak bayar pulak. Pastikan duit dalam poket doremon awak tuu cukup. Kang kalau tak cukup, siapa nak bayar. Ada jugak yang jadi 'CLEANER' tanpa gaji. :) Nasi goreng kampung 'macha' ni memang mengancam betul. Nasi yang berbukit, cebisan ayam goreng yang digoreng empuk. kriuk-kriuk kacang panjangnya. Sangat MENUSUK KALBU. heheheh,

Ni lah jadinya bila ibu ayah tak ada kat rumah. Tak tentu arah aku dibuatnya. Lagi-lagi pasal makanan ni. heheh . Ibu ayah aku yang kat Sarawak tu, jangan lah lupa anak-anak di semenanjung ni. Jangan lupa OLe-OLe ! hehehe :)
Moral of the story = hargailah mereka selagi mereka ada, jangan malas dekat dapur. Bila da kena tinggal, haru-biru jadinya.






Wednesday, 14 November 2012

berangan --> impian =]

ASSALAMUALIKUM......
Lately ni ramai benar orang google search pasal baju kurung moden pendek atau nama komersialnya baju kurung Peplum eh? Lawa jugak aku tengok, ala ala baju kurung kedah version baju kurung moden. Comel jugak kalau mahu pakai untuk 'tunang' nanti. Lawaa :) Tapi, macam kurang sesuai pulak kalau mahu pakai pergi wedding or so on. Look nice but very gorgeous. Tapi, depends la dengan korang kan, nak pakai pun okay ja :) 
 
Nak dijadikan cerita , Aku admire giler dengan baju peplum ni . Sangat cantik dan sangat simple. Boleh mintak satu dengan my future fiance untuk tunang kita orang next year . 
Walaupun lama lagi tarikh keramat aku sah jadi TUNANGAN ORANG. Tapi, terlalu excited nak wat persiapan untuk majlis tuu. heee >_< 
 
Design baju tunang saya? Nak buat kurung moden peplum tp tak nak lah overdose sangatkan. hehe , mostly baju peplum sume senteng2 dan singkat. Errggkkhh...tak nak lah gitu, tak best lah... Sekali hari tuu ade search kat pakcik google baju peplum ni... Teros suka sbb design yang aku nak tu x weird, ada jugak yg terpikir nak wat cm tu..

Haaa. ni lah baju peplum yang aku admire gilerr tuu. Cantik kan ?? Harap-harap sangat Encik Azizi aku tuu suka baju macam ni. Warna ni jugak yang aku nak untuk masa tunang aku. hehehe . =]
Untuk rakan-rakan yang seangkatan dengan aku tuu. Kalau nak pakai baju peplum ni boleh lah jugak. Sangat dialu-alukan dan jangan lah OVER dari aku eah. hahaha. Berangan dan terus berangan bila aku ni diapit dengan dayang-dayang yang cantik lagi menawan . hee

Diharap impian aku ni jadi kenyataan untuk majlis tunang aku tahun depan.
Aishh double happy aku bila majlis tunang aku ni cenggini . muke senyum sampai telinga :)

Monday, 15 October 2012

SI KEDING punye Birthday !!

15/10/1993 --- lahirlah seorang hamba Allah yang tak sabar nak tengok dunia ni. sungguh comel rupanya. TERIMA KASIH ibu ayah kerana memberi aku peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini.. Pada hari ini, dan saat ini adalah masa yang sangat aku tunggu2 untuk tahun 2012 ni..BIRTHDAY aku lah ! nak celebrate dengan family, tentera2 gigirl aku yg gojes, SOULMATE ( tapi cume dekat di hati , jasad jauh beribu batu ).

Di hari yang sungguh bertuah ini, aku merasakan diri aku ni terkecuali daripada 'PLAN DAJAL'..
Apa kan daya , lari jauh mana pon tetap tak terlepas dengan kerja jahat tentera-tentera aku ni. Big sifu master plan " Sis Mangel " ..

Ni lahh mangse keadaan yang serupa dengan JEMPUT-JEMPUT GORENG masterchef !!
TQ tentera-tentera aku. bersusah-payah uli badan aku ni dengan tepung gandum. Ditambah dengan kenikmatan termakan tepung gandum. kalau bagi tepung susu Dutch Lady. sedaplah juga rasanya. takde lah aku tersedak macam nak keluar anak tekak aku ni wehh T_T

Tentera-tentera celebrates birthday aku. masing-masing buat muka tak bersalah.ingat comel lah tuuu !

' Juara Masterchef ' insya ALLAH .. bertungkus-lumus di dapur , tahniah Jannah. next your turn. GET READY !

MASTER PLAN '' Sis Mangel '' .. sanggup ponteng sekolah gara-gara nak bahan aku. balas dendam ke ??

Ni lah benda yang sangat menakutkan bila giliran Birthday sudah sampai. JAGA-JAGA !

Minum petang yang sangat menyelerakan. TQ tentera-tentera :)

Muka ta sabar menunggu ketibaan RATU ( mangsa )

Gembiranya la hai muka tentera-tentera aku ni. giliran siapa pula lepas ni ?? heheheh

ASTAGHFIRULLAH ! mak aku nampak ni memang tak ngaku anak lah jawabnye ...

IBU tolong kaklong :(

Kesiannya aku --- > si Keding punye BIRTHDAY

Mata masuk tepung, mulut masuk tepung. apa nak jadi ni. YA ALLAH !

Sayang-sayang aku.. gojes kan <3

HAPPY BIRTHDAY TO YOU :)

ELMO with SI KEDING
 Thanks a lot tentera-tentera aku. aku hargai sangat-sangat. iloveyouallsoomuchh!

SELAMAT MEMBACA entri ini .. TQ :)


Sunday, 14 October 2012

:: CUAI ::

CUAI cuai cuai ! manusia tak penah nak lari dengan perkataan cuai ni . lari jauh 400 meter ke beribu meter ke tetap cuai tu BERMAHARAJA LELA dalam jasad ni .

TAJUK entri ni ---> CUAI ! nak dijadikan cerita lah kan ( copypaste ayat alya ) haha :0 . kerana tukar password kat FB baru lahh aku terpakse meninggalkan FB lame aku dgn rasa sebak di dada ni tak tahu nak ungkap macam mana. muka ala2 sedih macam Ain Hawani dalam cerita  ' ADAM HAWA ' ..

Itulah jadinya bila budak kepala degil ni tak nak dengar cakap. dasar kepala lesung batu ! ehehehe :)
tukar password dalam keadaan koma ' separuh sedar ' . ditambah dengan penyakit NYANYUK aku yg sudah sebati dengan jiwa aku ni. memang sah lupa lah password baru aku tu bila nak LOG IN FB .
HA AMEKK ko jajan nana !

ni lahh hasilnya bila muka buku aku tak leh nak log in ??


bila nak RESET PASSWORD kena guna yahoo mail ID .. tahap nyanyuk aku mula terserlah bila yahoo mail ID aku pun aku sudah lupaaa daa . HAHA .


memang dah tak leh nak diselamatkan lagi lah, hehehe. MAAF kawan2 dekat FB lame tuu. add la aku jd friend list korang.

OK . skg p cepat search n type Nur Irnna Dayana Basir ( mak ain panjangnya nama )
add me as your friend k. THANKS A LOT <3







Friday, 20 July 2012

RAMADHAN is back !!


ASSALAMUALAIKUM :)

Ramadhan datang lagi dan jatuh pada hari Sabtu 21/07/2012. SALAM RAMADHAN kepada semua pembaca entri ini. Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini, marilah kita bersama-sama mengumpul pahala dan mengerjakan amalan kebaikan supaya dipermudahkan segala urusan kita pada masa akan datang dan juga setiap permintaan kita akan dimakbulkan oleh ALLAH. ALLAH akan sentiasa dekat dengan kita jika kita cuba untuk mendekati-Nya

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.( So, beringat lah wahai hamba ALLAH )

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
 
Esok dah puasa ni, kawan-kawan dah bersedia belum nak menyambut Bulan Ramadhan ni :)) di bulan yang penuh Barakah ni , JOMLAH KITA KUMPUL PAHALA ! Bagi sesiapa yang belum sedar esok nak puasa, sila tepuk-tepuk pipi kamu biar sedar sikit, kalau tak sedar jugak . AH , hentuk jela kepala tu kat dinding. hehe . Confirm sedar punye . 
Get ready for the fasting month ! just DO IT , 30 days only :) 

 Mesti kawan-kawan liat nak bangun sahurkan ?? Alahh, biasa lah tu, dah lama sangat tak puasa kan. setahun yang lepas kita tinggalkan ibadah puasa ni. Itu bagi sesiapa yang tak rajin lakukan puasa sunat atau puasa ganti lah kan. So, tak ada alasan lah bagi sesiapa yang rajin buat puasa sunat ni atau puasa ganti . Hari first sahur, mesti masing-masing muka cam PANDA kan ?? HAHA , dah puas korang melantak sahur jangan terus tidur ye kawan-kawan. NIAT PUASA itu penting. Rasulullah pernah cakapkan yang setiap apa yang kita lakukan mesti dimulakan dengan niat. niat kerana ALLAH ! Bagi sesiapa yang tak ingat or tak berapa ingat niat puasa , tolong salin n hafalkan ye ! :) 

Amalkan selama 30 Hari . Take Note okay .

Masa sahur tadi dah melantak sampai kenyang kan. jangan tidur dulu. solat lah Subuh dahulu. If nak tidur, tidur lah tapi jangan matahari dah terpacak atas bumbung pun masih tidur lagi. tak elok macam tu . 

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
2.Tadarus pendek.
3.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
4.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
5.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
6.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
7.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
8.Solat Zuhur berjemaah.
9.Tadarus pendek.
10.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
11.Solat Asar berjemaah di Masjid.
12.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
13. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
14.Segera Solat Maghrib di Masjid.
15.Makan malam bersama keluarga.
16.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah


Jadikan membaca Al-Quran sebagai hobi bila Bulan Ramadhan ni . Lagi bagus kalau KHATAM 30 JUZUK :)

Selalu solat bersendiriankan kat rumah. Bulan Ramadhan ni, marilah bersama-sama melakukan solat berjemaah . InsyALLAH dapat bonus pahala dan dijanjikan syurga oleh ALLAH .

Jomlah join GENG SURAU . Cabar diri anda solat terawih selama sebulan. YOU CAN DO IT !

Bulan Ramadhan ni memang bulan yang sangat berganda-ganda pahalanya. bukan itu sahaja. banyak jugak manfaat yang kita dapat jika kita betul-betul menghayati Bulan Ramadhan ni .

KELEBIHAN-KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


MENGURANGKAN BERAT BADAN DALAM MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN
1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN


1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
    i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
    ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
    iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
    iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
    v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
    vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.


TINGKATKAN PAHALA, KURANGKAN DOSA. REBUT BONUS PAHALA :)

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

# TQ sudi membaca sampai habis .

Wednesday, 18 July 2012

MY SUPERHERO_ Encik Azizi

Assalamualaikum. 

Ehem.... Kalau kita dah jumpa lelaki yang baik untuk kita jadikan imam seumur hidup, apa salahnya kalau kita bersama dengannya buat selama-lamanya. hehehe . tempoh perkenalan aku dengan si dia dah 5 TAHUN 11 BULAN 27 HARI :) dah lama dah aku kenal dengan ini budak . hehe , jarak umur yang tak berapa jauh pun. cuma 3 tahun jek. tapi aku sangat sayang kan si dia dari awal aku kenal hingga sekarang .

Tetiba rasa nak flashback kisah-kisah dulu aku dengan si dia. Dulu, masa muda - muda. Masa zaman - zaman kegemilangan dulu, masa zaman sibuk nak mencari bakal imam seumur hidup, kecik lagi tau. umur baru 13 tahun. cuba teka aku sekolah darjah berapa atau aku ni tingkatan berapa. oohh ! sekejap, masa tu tahun 2006. Eceh. budak-budak lagi kot. kalau mak bapak aku tahu mesti dia rembat aku pakai senduk, periuk. semua perkakas kat dapur tu semua dia buat rembat aku. ( seram bunyi ).

 01/07/2006 -- saat hati aku ni terpaut dekat si dia bila aku terpandang si dia tengah bawak air untuk dihidangkan kepada para tetamu. ada OPEN HOUSE rumah Syafiqa. sangat berterima kasih lah pada Syafiqa. hehe . da lah umur baru belasan tahun, dan hingus pun mak bapak yang sapukan. Ehem.. dah pandai nak merasa cinta. jantung aku berdebar tak berhenti bila pandang muka si dia ni. memang tak berapa hensem. tapi tak tahu kenape lahh aku dok syok tenung muka si dia tu.

Nak dijadikan cerita, nasib baik lah Syafiqa ni membe dengan si dia. mulalah miang aku timbul meroyan sibuk mintak nombor si dia. YESS ! nasib baik dapat, kalau tidak kempunan aku dijawabnya ( gatal seh minah ni )
mulalah mesej-mesej, miskol-miskol, calling-calling ' Salam Perkenalan' katanya. hehehe.

22/7/2006 --- Ni lah tarikh keramat aku sah jadi GIRLFRIEND dia . aku lah makhluk yang paling bahagia pada masa tu. dah lah tidak fikir panjang, dengan beralaskan perangai kebudak-budakan aku ni. terima cinta tanpa fikirkan baik dan buruknya. dia FIRST LOVE aku. si sia yang mengajar aku pahit manis dalam bercinta.

Hubungan cinta aku dengan si dia tak terlalu lama hanya bertahan selama 2 TAHUN lebih jek. atas alasan tertentu. aku hanya fikir positif, mungkin takde jodoh. hurmmmm :(

TAPI............ hubungan aku dengan si dia tidak terputus macam itu saje. kami tetap berkawan. tetap contact. cuma tidak selalu. masing-masing ada haluan sendiri. perasaan aku pada dia masih macam dulu. aku berharap sangat si dia lah jodoh aku satu hari nanti. INSYAALAH !

 Sebagai perempuan, adalah menjadi hak kita untuk memilih lelaki yang betul - betul kita rasa sesuai untuk kita sama - sama tua kerepot dan bongkok bersama. Kriteria pemilihan itu terpulanglah pada aku. aku suka lelaki yang macam mana. Untuk aku, senang aje. Aku cari lelaki yang sanggup terima aku seadanya. Jangan salah pilih. melibatkan masa hadapan tau. dan sekarang pemilihan calon aku bukan hanya sementara tapi selama-lamanya. so. kena lah pilih betul-betul yang menepati cita rasa aku. Kalau lelaki, tak suka isteri pertama ada lagi 3 kuota kosong, kalau perempuan lepas kahwin baru tahu suami dia hantu raya, camno tu hah?Masa aku nak pilih lelaki untuk dijadikan pecinta terbaik aku, aku pegang kuat - kuat dalam hati, tak kira siapa, aku akan berkahwin dengan lelaki yang sanggup terima aku seadanya.

Yang menjadi benchmark dalam memilih si DIA , adalah sifat super sabar yang perlu ada dalam diri lelaki terbabit. Beliau bukan sahaja harus sabar menghadapi perangai aku yang sangat mencengkam emosi dan memeningkan kepala tetapi beliau juga harus pandai menjinakkan sifat - sifat buruk aku yang kalau aku listkan satu - satu, memang kalah KAMUS TATABAHASA ! hahahaha

Daripada awal aku kenal si dia sampailah sekarang, aku memang uji sungguh - sungguh kesabaran masing - masing. Aku saja buat perangai diva, mengamuk tak tentu pasal, kentut kuat - kuat, buat perangai PMS setiap hari, merajuk mengalahkan budak-budak, korek hidung, sendawa bila makan bersama and buat lagi macam - macam cara semata - mata nak tahu hati perut masing - masing. Tapi orang kata, kalau dah jodoh memang tak kemana, tersangkut juga hati dengan yang satu ni. Sifat sabar dia yang super duper, cool, rajin nasihat, banyak mengalah, baik hati, sangat jujur dan setia,tak berharta tapi sanggup mencari rezeki yang halal untuk masa depan si dia membuatkan aku sangat terpikat. Eceh. Maka tanpa segan silu lagi aku menyuarakan hasrat kepada Encik Mohammad Azizi Bin Suhiddin "Jom couple balik" ( muka tak tahu malu )

Aku sangat berterima kasih kepada-MU , pertemukan aku semula dengan si dia buat kali ke-2. aku berjanji hargai si dia sebaik mungkin. :) tak sabar nak tunggu ENCIK AZIZI masuk minang saya ni. hehehe . 

Aku bersyukur dikurniakan si dia kepada aku. Satu dalam sejuta. Semoga rahmat Allah ini akan aku kecapi hingga saat aku menutup mata. Wahai Bakal Imamku, aku ingin menyintaimu sehingga kita bertemu di jannah Allah nanti. Di mana ketika itu akulah ketua bidadari - bidadarimu. InsyaALLAH.

Teringat kali pertama terpandang si dia 5 tahun yang lepas. Waktu itu umur aku 13 tahun, saat mata ini terpandang matanya, terdetik dalam hati "Ya Allah. Inilah bakal suamiku !


SAYA SAYANG AWAK, ENCIK AZIZI !


# terima kasih sudi membaca entri ini.



 
 
 
 

LOSERFACE my friends . . but ILY !

Aku ni tak pandai sangat, 2 yg tercampak dekat Form 6 jek. kawan2 seperjuangan aku masa kat Form 5 dulu, semua hujan emas di negeri orang. aku je lah yg hujan batu di negeri sendiri. bhahaha. jumpa kawan baru pun tak de lah ramai mana dekat Form 6 ni. pandang kiri, kanan, belakang, depan. ramai budak Sri Gading. saya EX-STUDENT SMKSG okayy !

Masa Orientasi Form 6, ramailah jumpa kengkawan baru ni tapi tak kenal lah diorang. aku ni dah lah pemalu tahap dewa. susah betul nak kamcing dengan budak baru. SO SORY ! ramailah budak2 STI cakap aku ni muke berlagak. muke nak bagi kasut busuk jek an. yang cakap aku sombong jangan cakaplah. tak terkira orangnye. haha. dah biasa sangat dah orang yg tak kenak aku ni cakap aku sombong. luaran memang nampak sombong, tapi dalam hati ada teman beb !  
"don't judge book by its cover k"
Dengan keputusan aku yang tak berapa nak cemerlang ni cam ayam tercekik begedil , :) , aku cuma layak masuk 6 GEMILANG jek. itu kelas no 2 tau. bukan no 1. ni lah akibatnya bila belajar banyak sangat berangan. hahaha. ada jugak budak Sri Gading yang sama kelas dengan aku. Faraain, Faradila, Alia, Ain Norizan, dan Hidayah. aku cuma rapat dengan Faraain jela, dia classmate aku mase Form 5 dulu.

Hari bertambah hari, tetiba Faradila n Alia pun dengan tidak semena-menanya ( ayt BM rosak ) mendaftarkan diri secara sah masuk geng sengal aku ni. kami berempat sangat2 rapat. ke mana2 bersama. cam belangkas. mungkin ada org di sekeliling 2 memandang jengkel terhadap kami. hehe . maklumlah kami berempat tak berapa rapat dengan budak2 lain dalam kelas. <---- ni masa LOWER 6 jek k. ni lah muka kami berempat yang cam bangunan tak siap. Treng Treng Treng !!


Haha, muka macam kanak2 ribena kan. ni lah sahabat saya yang banyak sangat membantu dalam pelajaran. gelak riang bersama, suka duka tangisi bersama ( tak boleh puji lebih nanti ade yang kembang tak kuncup pulak da )

2012 ---->> UPPER 6 da. hehehe , tahun last sekolah n pakai baju uniform ungu ni dah cam air ribena aku tenung lame2 . HAHAHA . geng aku yang asyik berempat jek ni dah melabuhkan sayapnya bukan sebab tua tapi da lebih matang . nak tahu sebab apa ?? dah bertambah ramai kawan. tidak mengira bangsa apa. warna kulit ape pun, kaum ape. semua bedal jek nak kawan. nampak tak gelojohnye ! hehehe

Daripada berempat. geng aku dah bertambah menjadi lapan orang yg terdiri daripada makhluk yg paling bingit dalam kelas 6AG .. Asyikin, Nadiah, Zulaikha n Effa . ni aku tempelkan muka korang kat BLOG aku ni. biar panas sikit :)

Ni lah SIFU BLOG aku merangkap Leader geng aku. haha . Padan muka ko (aku tempelkan gambar ko ni)
makhluk ALLAH yg takde hati perasaan . susah nak bersedih n terlalu banyak sangat ketawa. suara yang cam halilintar bila bising. riuh-rendah kelas aku dibuatnya. very2 friendly n stylish but simple (broken english). dia ni jugak kepala dajal kita orang. master plan lah nak katekan.



Budak lurus . haha . nad aku gurau je lah . :) sangat care bout her friends .  terlalu kelam-kabut, serabut aku dibuatnya . hehe .. sangat pandai dalam pelajaran. selalu compete dengan aku.
 
Ni lah Faraain. terlalu fanatik dengan bintang. huuh , penat nak melayan . bila ketawa nak pecah perut dibuatnya, terlalu ikhlas. hehehe. dia ni secreat admire seseorang h****.  jangan marah !

nama yang diberi Zulaikha. tengok muka cam tak de perasaan an. tapi dia ni pecinta binatang. muntah kucing dalam kelas pon dia je lah yang sanggup buangkan. hehe . tapi bila nak perdajalkan orang. huh ! no 1 . hehehe

saya bernama Effa Nadzirah. pendiam dalam kelas. bila speak english , semua orang ternganga . hehe . diam2 ubi berisis. :)

Faradila. aku penat sangat nak layan ni orang ha. banyak sangat mulut cam bontot ayam .hehehe. seorang yg sangat berusaha nak mengejar kejayaan . bercinta dengan encik Afiq Ashraf. haa ! KANTOL. weeeee

Sharena Aliah a.k.a Nicki Minaj. hahaha. ni lah tukang karut geng aku, selayaknya masuk Maharaja Lawak, Karoot Komedia dan sewaktu dengannya. pencinta R******** ! haha, kau lah sahabat dan teman aku . heheh. pelakon tambahan terbaik-->meniru aksi2 dan tabiat pelik orang di sekelilingnya. so talkative, over- acting and so on <3 


Tangan aku nak tanggal menaip entri ni bebanyak. cukup sampai di sini saje .
 SELAMAT MEMBELIAKKAN MATA DENGAN MEMBACA ENTRI INI ! TQ :))

Monday, 16 July 2012

berjinak-jinak bersama blog aku yang baru . . .

Tetibe hati ni gatal mahukan sebuah blog . bila bosan mengONLINE , mula lah aku mengSTALKER blog orang2 hot ni jah ! cute bebenor blog dia orang ni aku tengok. STALKER sampai ke lubang longkang yg paling dalam. HA AMEKK KO! (maafkan saya) --->  mangsa blog aku ni habis aku stalker .. tapi aku sendiri takde blog (malu tahap dewa lah aku) .. nampak lah di situ yang aku ni 'BUTA IT'. bhahaha .

Dengan keinginan aku yang dah memuncak tahap KLIMAKS ni , berani mati aku mencuba ''CREATE YOUR FREE BLOG'' .. aku follow lah step-by-step apa yg perlu nak buat blog ni.. kebodohan aku mula terserlah bila aku nk try tukar template blog aku. mengambil masa berjam-jam lamanya nak mentransform template blog aku ni biar nampak GOJES gituu bertemankan bunyi2 merdu katak yg kat luar rumah aku ni (ong GEDEK3, ong GEDEK3) .. da try tengok tutorial pon tak menjadi jugak aku punye template blog ni. muke pon da cam PANDA yg ta berapa comel (mata lebam).. Ofline--->tidur. lagi bagus. :)

Dekat sekolah, aku cuba mendapatkan tunjuk ajar daripada sifu blog .. TRENG TRENG TRENG !
ni lah sifu blog aku yg tak berbayar.. sangat menyusahkan lah aku ni. (sedar jugak nana ni) .. sangat GOJES sifu aku ni. weeeeeeeeee :) 

ASYIQIN MANGEL <--- banyak ajar aku selok belok blog ni yang payah gila nak mampuiiihh ! HAHA ..

thankss a lot jah mangel <3